Destinasi shopping anda!!

Tuah anda di sini??

Thursday, November 18, 2010

Menjadi sahabat sejati yang hebat!

Hey hey hey...what up guys?.....hope u all semua sihat dan sentiasa ceria k..cyndi sihat-sihat saja..im in love with blogger..^_^..okey hari ini saya mahu sharing dengan anda semua bagaimana caranya membuatkan setiap orang yang anda temui menyukai anda dan kahirnya anda menjadi sahabat sejati yang hebat kepada mereka..hurmzz sound like strange rite???..mybe anda hairan mengapa terdapat kawan-kawan anda yang mudah untuk disukai oleh orang lain tetapi anda pula sebaliknya..come on friends..mesti ada something yang anda miss dalam diri anda..check it out....^_^


1. Berikan perhatian yang ikhlas kepada orang lain

Pernahkah anda terfikir bahawa anjing merupakan satu-satunya binatang yang tidak perlu bekerja untuk hidup?ayam harus bertelur,lembu harus membekalkan susunya kepada manusia dan burung harus berkicau..tetapi anjing mendapatkannya hanya dengan memberikan cintanya kepada anda..Sebaik sahaja anda bertemu dengannya,dia akan mengibaskan ekornya.kalau anda berhenti dan memandangnya,dia pasti melompat-lompat untuk menunjukkan betapa senangnya ia kepada anda.Dan anda tahu dia tidak mempunyai sebarang tujuan lain disebalik sikap tersebut..dia tidak ingin menjual sebarang benda dan dia tidak ingin mengahwini and..^_^Jadi rahsianya berikan perhatian kepada orang lain apabila bertemu dengan orang lain dan jangan berusaha meminta perhatian daripada orang lain...(hurmzz selalunya ramai yang meminta perhatian daripada orang berbanding memberi perhatian kepada orang lain rite??...hehhehe check uself now..)..sapa orang lain sebelum dia menyapa anda kerana orang akan merasa dihargai dengan cara tersebut dan dari situlah terjalinnya persahabatan..ingat satu perkara iaitu setiap orang tertarik dengan diri masing-masing dan tidak akan tertarik dengan diri orang lain..
Kalau anda ingin orang lain menyukai anda,kalau anda ingin mengembangkan persahabatan yang sejati,kalau anda ingin orang lain mempercayai anda dan dalam masa yang sama anda ingin membantu diri sendiri..ingatlah teknik ini..'berikan perhatian yang ikhlas kepada orang lain'

2. Tersenyum kepada orang lain

Mengapa anda harus tersenyum kepada orang lain??..bandingkan dua orang yang berada di hadapan anda,yang pertama kali anda temui..seorang tersenyum kepada anda dan seorang pula memandang anda dengan wajah yang murung..siapa di antara mereka yang ingin anda jadikan kawan???..hurmzz fikir-fikirkan siapa yang anda sukai..dan lakukan hal itu juga kepada orang lain..buat apa berkawan dengan orang yang murung sahaja kerana nanti kita akan bersedih setiap hari pula..lambat laun kita cepat tua kalau tidak pernah tersenyum..^_^..jadi tersenyumlah kepada sesiapapun yang anda temui hari ini..tersenyum tidak mengambil masa seminit pun okey..

3. Ingat nama orang lain dengan betul
Nama adalah sebahagian daripada diri seseorang, ia menjadikan seseorang itu unik antara orang lain..anda bangga tak dengan nama yang anda miliki???..hurmzzz siapa yang tidak bangga tu check uself now..^_^..jadi bagaimana orang menyukai anda dengan hanya mengingati nama mereka?..setiap orang mempunyai perasaan bangga terhadap nama masing-masing dan oleh sebab itu seseorang itu sangat bangga apabila kita dapat mengingati nama mereka meskipun kita pertama kali berjumpa..apabila kita mengingati nama orang lain,ia seolah-olah orang itu sangat penting kepada anda..hal ini secara tidak langsung membuatkan orang lain menyukai anda kembali..kalau tidak percaya,lets try it now..^_^

4. Jadi seorang pendengar yang baik dan dorong seseorang itu bercakap mengenai diri mereka

Mendengar cerita atau luahan hati seseorang mungkin perkara yang sangat sukar untuk kita lakukan..kebanyakan daripada kita lebih suka bercerita mengenai perihal diri kita sendiri...betul???..hurmzz check uslef now...^_^..jadi terdapat seseorang yang sanggup mendengar luahan hati anda berjam-jam walaupun cerita itu langsung tidak berkaitan dengan anda,adakah anda akan mencari orang lain untuk meluahkan perasaan anda pada masa akan datang??..mungkin orang tersebut akan menjadi kawan baik anda secara  automatik walaupun itu first tym anda berjumpa..jadi why not kita tidak lakukan perkara itu kepada orang lain jika kita sendiri menyukai perkara itu..jika ingin menjadi seorang pembicara yang baik,jadilah pendengar yang baik..jika ingin menarik perhatian orang kepada anda,berikan perhatian terlebih dahulu kepada orang lain..Caranya: doronglah orang lain untuk terus memperkatakan tentang diri mereka dan ajukan pertanyaan yang menyeronokkan untuk dijawab..ingatlah bahawa orang yang kita jumpa hari ini adalah seratus kali lebih banyak memikirkan diri sendiri daripada memikirkan lain-lain perkara..sooo friendzz stop talking about urself only..^_^

so ini adalah tips untuk anda mencari kawan dengan pantas dan menjadi kawan yang hebat kepada orang lain..cuba praktikkan setiap hari terhadap sesiapa sahaja yang anda temui hari ini...heheh ingat lakukan dengan ikhlas kerana ia keikhlasan anda dapat dirasai oleh orang lain...check urself now^_^..so lets try it today!...

No comments: