Destinasi shopping anda!!

Tuah anda di sini??

Friday, November 19, 2010

comeLnya tidur..


Ingin tidur dengan nyenyak sehingga ke hari esok????...tapi seringkali sukar untuk tidur???..hurmzzz semestinya ada sesuatu yang anda tidak lakukan sebelum tidur..

Jika ingin tidur dengan nyenyak sebelum tidur..tipsnya..;D


1.Cuci muka anda
Mencuci muka akan menyegarkan wajah anda dan seterusnya anda akan lebih senang untuk terlelap..dan cuci muka anda sebersih-bersihnya supaya keesokan hari bagun dengan wajah yang ceria..^_^


2. Cuci Kaki
Hah! ni yang mesti ikut..pastikan cuci kaki sebelum tidur..ini petua dari dahulu lagi..cuci kaki..cuci kaki dan cuci kaki..hehhehe...anda pasti tertidur dengan nyenyaknya..kecuali ada gangguan lain..^_^

3. Membaca sebelum tidur
Hurmzz ini adalah sifat semulajadi manusia..mudah mengantuk apabila membaca..( seperti saya,5minit pasti tertidur jika membaca sebelum tidur^_^)....tetapi membaca tidak akan membuat mengantuk bagi si ulat buku..hihihih...

4. Lakukan pembacaan buku-buku agama ( tidak kira apa agama anda ) atau membaca buku-buku yang bersifat inspirasi
Apabila kita membaca buku-buku agama atau buku-buku yang mempunyai inspirasi, ia akan secara langsung seolah-olah memberikan suatu harapan baru kepada hidup anda pada keesokannya...ini akan memberi ketenangan kepada anda apabila tidur..baca dan lakukan catatan yang ringkas dengan meluahkan isi hati anda...tak percaya???..cuba sekarang..^_^..jika malas membaca buku,bacalah website yang menyediakan pelbagai ayat-ayat inspirasi..kitakan berteknologi..;D


5. Berdoa
Perkara yang terpenting bagi setiap orang sebelum tidur. Berdoa sebelum tidur kerana ia akan memberikan ketenangan kepada pemikiran dan jiwa ini..gerenti tidur nyenyak..okeyy..

So thats all tips before go to bed..^_^..selamat mencuba yaaaa...Tidur dengan nyenyak okeyy..Seperti cheng cheng cheng.....................>^_^

No comments: